2013 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 2013
Sangat memuakkan

Sangat memuakkan

Assalammualaikum Dan selamat berbuka semua.

Semalam berbuka di Secret Recepi Mid Valley. Tekak ni teringin nak makan spaghetti. Selak selak buku order, ternampak la spaghetti chicken ball yang berharga 17.50. Terkejut tengok harga makanan tu. Rasa  membazir pulak.

Tengok memang sedap tpi bila makan dua tiga suap, sangat memuakkan. Bazir sebab tak dapat habiskan. Sedap memang la harus ada tapi muak. Bengangla. Duit habis macam tu je.

Dah la muak, layanan diorang tu tak bagus. Charge untuk tempat duduk saja dah 4 ringgit lebih. Teruk teruk. Kedai cantik tapi layanan buruk gile.

Itu kli pertama Dan Kali terakhir masuk kedai tu. Lain kali tak nak masuk. Serious tak nak mask dan tak nak makan dekat situ.

,Hangout

,Hangout

Assalammualaikum dan Salam ramadhan yang ke 15.

Ramadhan mkin menuju penghujungnya. Syawal dinanti dengan penuh kegembiraan. Berdebar juga. Tengah happy dengan mood raya...tup tup tip final exam tinggal 3 minggu saja.

Tak ada perasaan nak beraya bila difikiran tentang final exam. Takut result tak gempak macam spm dulu..
Aduh....serabut weiii..

Hair niey... berbuka dekat luar,bersama tasya. Mid valley jadi sasaran Dan sekarang lepak di Starbucks. Menunggu waktu berbuka yang tinggal 2 3 jam lagi. Lepas iftar, kami nak main bowling. Dadadadaaaa...

7 Jenis Kawan Yang Tidak Boleh Dibuat Kawan

7 Jenis Kawan Yang Tidak Boleh Dibuat Kawan

Assalammualaikum w.b.t.

Hai awak..awak..awak sekalian, bertemu kembali. Ciss,merepek je Sufi niey. Macam mana dengan kehidupan awak,awak,awak semua? Harap baik-baik aja ya...

Secara tiba-tiba,semangat untuk menulis blog datang kembali. Dan seperti biasanya,internet macam kura-kura menari. Terlalu lembap. Sakit jiwa yang teramat sangat. Rasa macam nak baling aje laptop ini ke dinding. Sabar je la.

Semua orang di dunia ini memiliki kawan. Seorang kawan sudah cukup untuk melengkapi kehidupan tanpa kawan hidup terasa sepi dan sunyi. Ehh sepi dan sunyi,sama kan? Apalahh... Tapi,korang perlu tahu jenis kawan yang tidak boleh dibuat kawan.

Tajuk entri kali ini sebenarnya,aku ubahsuai. Tak percaya,tengok majalah UJANG. Aku,ambil isi-isi penting dan Sufi kembangkan agar  nampak lebih menarik.

7 jenis kawan yang tidak boleh dibuat kawan,

Pertama, TALAM DUA MUKA. Ehhh,bukan kuih talam tau ! Kawan macam ni depan kita punyalah baik, bak kata pepatah,pijak semut pun tak mati. Tapi,belakang kita bukan main lagi kutuk mengutuk kita. Siap memaki hamun lagi. Kawan macam ni seelok-eloknya,kita kene cover apa yang kita kata. Tak sampai 5 saat,zasss ! Berita tersebut akan sampai ke telinga pihak ketiga,keempat,kelima,keenam,ketujuh dan seterusnya.Harus dielakkan.

Kedua,KUAT TOUCHING. Mudah tersentuh bila kita kutuk ataupun bergurau dengan dia. Sekali-sekala touching tu okey la kan. Tapi kalau sikit-sikit nak touching,mana boleh tahan. Kalau setakat touching 5 minit tu okey la kan,then kembali pulih. Tpi,kalau sampai call,message pown tak nak angkat. Memang melampaulahh...

Ketiga,CAKAP BESAR. Pernah perasan tak,ada kawan kita yang suka cakap besar? Dia sorang lah yang paling hebat. Apa yang orang lain buat,mesti tak bagus dimata dia. Ada aje yang tak kena. Semua benda dia tahu daripada A sampailah Z.Orang yang jenis macam niey,dia tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia. Ade aje yang tak kena.

Keempat,SUKA MENIPU. Memang dah berlambak dah,jenis macam ni. Susah sangat ke nak cakap benda yang benar. Kalau sekali-sekala,memang lah boleh dimaafkan. Tapi,kalau dah selalu,memang tak terpakai punya kawan.Kawan macam ni memang confirm tak dibantu,sebab dah di cop sebagai penipu.

Kelima,SUKA MENGUNGKIT. kawan macam niey,baik dibunuh terus. Dalam persahabatan,ada masanya kita mestila berkorban sikit. Tak perlulah nak berkira ataupun mengungkit.Kita yang ada duit niey,hulurlah sikit. Kawan bantu kawan. Bukannya kerja nak mengungkit aje.

Keenam,BATU API. Kawan yang macam ni,sangat-sangat dielakkan. Amat berbahaya. Kawan yang suka menghasut niey,memang sangat ditakuti. Mereka niey jenis tak nak mengalah dan nak menang aje. Dia akan pastikan kawan yang dia benci tu jatuh terduduk dan sampai tertindih tangga pulak tu.

Terakhir,TIKAM BELAKANG. Kawan yang suka tikam belakang,memang berlambak dekat dunia ni. Orang yang suka tikam belakang ni kita memang tak boleh expect gerak-geri dia. Diorang ni nampak je baik depan kita di belakang kita Allah je yang tahu macam mana perangai dia sebenarnya. Mengalahkan zionis jahatnya.

Apa-apa pun,Aku nasihatkan mencari kawan tu biar memilih sikit. Bukan apa,untuk kesenangan kita sendiri. Nanti tak de la,kita yang susah kan. hehehhe...
Part time di tempat kerja lama.

Part time di tempat kerja lama.

Assalammualaikum w.b.t

Berakhirnya,midterm dengan penuh rasa bangga. hahahaha... Belum 2 bulan belajar di City U college,awal-awal da midterm. Tak rasa senak ke tu? Hamboii,otak niey masih tepu dengan maggi dan kemalasan mula menguasai diri.

Pejam celik,pejam celik. Tup tup..dah 2 minggu part time di Eon Big Wangsa Maju,belakang Wangsa Walk,kalau nak tahu. Takut sesat mencari pulak. Alhamdullilah,masa dapat dibahagikan dengan seadil-adilnya.

Satu jam 5 hengget,sapa tak nak kan? Orang kaya pown mesti nak jugak. hahahh. Tiap-tiap hari,mengadun roti yang tak jemu-jemu ku memandang. Lenguh macam mana sekalipun,kerja tetap kerja. Money always in my mind.

Hidup berdikari memang macam nie. Sampai satu tahap,keluarga di kampung boleh terlupa tau. Tak percaya sudah? Siapa suruh percaya kan... hahahah... Mak dan abah Sufi terperanjat bila dengar Sufi bekerja.... Hmmm saje je mak oii...cari duit poket lebih,sampai bila hidup kene orang tanggung.

Nak berjaya,kene belajar daripada bawah. Bukannya mudah. Banyak ujian dan kesabaran akan hadapi. Rasa dah merepek pulak. Hihihih...

Perasaan bangga akan hadir bila Sufi memakai baju ala-ala Chef. Perhh,rasa macam keje kat hotel. Padahal,tukang buat roti je. Berangan je lebih. At least,Sufi ada baju tu. Dan menjadi salah satu,baju kesayangan.


Tengok tu.! Senyuman bukan main lagi cun..hahah... Perasaan... Best keje kat sini tapi tak macam dulu.. Semua orang buat keje masing-masing dengan gurauan yang akan dimainkan. Sekarang ny,keje semua nye nak cepat dan mula rasa stress.

Semua keje kita yang buat sendiri. Tanpa bantuan orang lain. Ya Allah,kembalikan aku pada masa lalu. Ehh..jerebu dah melanda Kuala Lumpur. Masuk dalam rumah tau. Pakai mask bila keluar daripada rumah. Berhati-hati.

Bye..terima kasih kerana sudi membaca.



Wordless Wednesday #3

Wordless Wednesday #3

Assalammualaikum w.b.t

Wordless wednesday. Hari untuk mengurangkan perkataan di entri sufi. Sufi,sekeping gambar dan kenangan.



Inilah kawan kawan kolej Sufi. 2 orang daripada Fakulti architecture dan engineering. 4 orang lagi daripada Fakulti Hospitaliti. Sufi kenal diorang niey,masa orientasi untuk pelajar baru. Harap kita berkawan sampai akhirat ye.
SEGMEN TOPUP 48 JAM BY DEDEQ [PART 1]

SEGMEN TOPUP 48 JAM BY DEDEQ [PART 1]

Assalammualaikum W.b.t

sekali lagi,sufi menyertai segmen. Kali ini,sufi menyertai Segmen Topup 48jam by Dedeq.

   

mehhh...ramai...ramai join....
Big Giveaway by Alia Ali Ahmad

Big Giveaway by Alia Ali Ahmad

Assalammualaikum w.b.t

Wahai hakak-hakak,habang-habang,hadik-hadik semua,jawab salam dulu tau.Menjawab salam adalah wajib.Sekali lagi,sufi menyertai giveaway. hehehe... excited sebenarnya. walaupun,sufi tak pernah menang tapi sufi dapat ramai kawan. hahahah jom join giveaway ini.

                                klik SINI untuk join



Top Referral :

Top Referral : Novel + Topup RM 5 x 1 Pemenang

Random :
  1.  Pashmina x 2 Pemenang
  2.  Bawal x 2 Pemenang
  3.  Keychain 'melaka' x 7 Pemenang
  4.  Topup RM 3 x 4 Pemenang
  5.  Topup RM 5 x 2 Pemenang
  6.  Bookmark x 4 Pemenang
  7.  Hadiah Misteri x 2 Pemenang
Maklumah : hadiah akan ditambah dari masa ke semasa. Tak janji kalau fulus bertambah la ye . Syarat adalah wajib . Nak novel ? Rajin-rajin la promote .


Rakan yang ditag:
arni lala http://arnilala.blogspot.com/
engineering drawing part 1

engineering drawing part 1

Assalammualaikum w.b.t

ehem..ehem..ehem.. semalam sedih menyelubungi diri. Sedih sebab selalu di anggap jahat dimata kawan baik sendiri. Kenapa lah jadi macam ni? Kalau tak suka, cakap je la tak suka! Biarlah Allah yang tahu !

Hari niey kelas bermula jam 10.50 pagi... lambat 20 minit. Sakit hati sufi bila menunggu. Hari ni subjek Engineering Drawing. Belajar basic aje. Spm dulu pown,sufi kelas Akaun dan Addmath. Tapi,bila belajar kat kolej niey. Subjek yang dulu sufi amik kat sekolah,jauh menyimpang kat kolej niey. Macam macam.


korang paham ke? lecture sufi pakai lukis aje dan dia cakap buat kat A3 ! famous sekejap nama Jacob! Jacob ialah kawan sufi. Dia satu bidang dengan sufi. Dalam kelas,sufi seorang aje perempuan. Dalam kelas, Sufi cuma ada 4 orang kawan yang terdiri daripada lelaki. 

Rasa nak nangis,bila tengok kawan kawan sufi yang sama bidang dengan sufi. Kesian kan. Terasa kera sumbang pulak dan sufi rasa maca sufi niey tergolong dengan orang lelaki pulak. Makna taknye, im just only girl in class. Malu tau tapi sufi akan buktikan. Engineer bukan untuk lelaki je. Perempuan mampu untuk menjadi Engineer.



naik juling mata sufi, garis garisan tu. Sakit mata tau. kene banyak bersabar,confident dan peka terhadap apa yang kita buat. Jangan leka sebab nanti kena buat baru pulak.





taraaa...inilah hasilnya. Tidak berapa kemas la,sebab buat kelam  kabut sangat. heheh..sebenarnya tak da  la susah sangat, simple things je.



Alamak,sufi terlupa lah na letak entri tentang barang barang yang digunakan semasa melukis. So,senang la kan. Sebab nanti sapa yang berminat amik bidang kejuruteraan awam boleh la beli skali. 

sufi rasa dah mula merepek dah niey. okey la, sufi nak tidoo. Assalammualaikum w.b.t

Special Giveaway by Syazlia & Diana

Special Giveaway by Syazlia & Diana

Assalammualaikum w.b.t

Pepatah melayu pernah mengata, "TAK KENAL MAKA TAK CINTA". dan pepatah sufi mengatakan, "TAK JOIN MAKA ANDA RUGI". sufi, sedang join special giveaway by syazlian and diana. hadiah memang lumayan. rugi kalau tak join.  'Special Giveaway by Syazlia & Diana'



                           
www.fatindiana.com  



cerita seram tajuk kumkum,
salam sejahtera dan assalammualaikum.

anak cina ditepi paya,
sufi mukhriz itulah saya.

bawa trelar lalu highway,
jom join special giveaway.

kura kura mengintai perigi,
kalau tak join mesti rugi.

anak dara temani teruna,
mehh follow syazlia & diana.

komen fb rasa disinis,
nak header by cikjarimanis?

jari manis masih terluka,
bak sini berryrich by serbaneka.

 hafal sejarah mudah alpa,
tak menang pown tak pa.

riuh kicauan siburung kenari,
sufi nak undur diri.

ada bus ada kereta,
maaf itu sufi pinta.












    
mini segmen : 2 days

mini segmen : 2 days

Assalammualaikum w.b.t



                                                      gambar untuk divektorkan.



happy bornday

happy bornday

Assalammualaikum w.b.t

sifat sombong memang tak kan kemana. seriously, im very tired to tired and i have a lot of assignment to do it. fuhhhh,,, moga penat.


tapi di kesempatan ini, sufi nak wish happy bornday to aidil roslan.

happy bornday aidil. make sure you happy. moga dipaanjangkan umo. dimurahkan rezeki. so, belajar kat kedah nanti,tolong jangan lupa saya di kuala lumpur niey.

untuk pengetahuan , aku akan merindui kau. so, selalu la dengr lagu tu. mungkin boleh ubati sedikit kerinduan kau kat aku.

happy bornday, aidil roslan.

jodoh biar DIA tentukan

jodoh biar DIA tentukan

Assalammualaikum w.b.t

bila kenyang,mata pulak yang ngantok. macam macam. terlupa pula, hai apa khabar mak cik, pak cik..

arghhhh..pabila sentuh bab cinta cintu niey,err aku tak tahu, tak tahu dan tak nak amik tahu. siapalah aku yang nak menentukan jodoh. aku  cuma insan yang amat kerdil disisiNYA. biar besederhana dalam perhubungan,sebab cinta antara manusia tak kan kekal lama.

biarlah yang maha ESA tentukan. Alhamdullilah,aku dah sedar,aku  mula bangkit daripada kenangan lalu. buka mata, buka hati dengan seluas luasnya. siapalah kita untuk mempersoalkan jodoh atau pasangan hidup kita nanti.

serahkan segalanya pada yang maha ESA. aku sedar insan yang selama ini akucdambakan mula menjauh dan berpaling tadah daripada hidup aku. aku redha kalau itu kemahuannya. biarlah dia dengan kehidupannya. mungkin,i can get more than him.

biarlah kita daif disisi dia dan jangan pula kita menjauh dari yang maha ESA. tiada yang indah melainkan cinta akan maha pencipta.
honeymoon di melaka,boleh?

honeymoon di melaka,boleh?

Assalamualaikum w.b.t

city u,,,wuuuppp.... semangat iyeyahhh.......

along memang bertuah sebab da melancong semua negeri kt malaysia niey. aku je yang belum.
memang beruntung la along.minggu lepas pegi kuantan,minggu depan pegi desaru. banyak untung tau niey ye....

bila along tanya,

"UDA NAK HONEYMOON KAT MANA NANTI?"

dengan penuh keyakinan,aku jawab.Dekat melaka,bandaraya bersejarah. along boleh gelak sakan. hamboiii,tdi kemain lagi tanya. niey dia gelak pulak. sakit jiwa gamaknya. along cakap,melaka dah muak tengok muka aku.

arggghhh...ini semua poyo along. takpe,,,nanti gua melancong satu dunia,baru along tau. betapa hebatnye adik dia niey. hajajajahahah.

melaka dipilih sebab aku nak tengok  A Famosa je... tu je sebenarnya.



tak dapt honeymoon kat situ tak pe,,pegi tengok A Famosa pown jadi la. asalkan dapat tengok. hahahaja....
senyum sampai ke telinga

senyum sampai ke telinga

Assalammualaikum....

haii handsome,,hai cantik.. senyum ye....



senyuman pengubat dikala hati terluka.Senyuman mengundang seribu makna.Senyum je kot tanpa perlu berkata apa apa. Senyum itu sedekah. ahahah,,

tengah malam tadi,aku wechat dengan seorang lelaki yang sufi gelarkan "ala ala ustadz".Tergugat iman ini,bila dengar suara dye yang macam perempuan . hahah.. siap ulang ulang dengar suaru tu... hahah kelakar. sampai la ke pukul 1 pagi,baru lah berakhir wechat tu. macam macam soalan ditanya olehnya.

katanya,nak cari jodoh. sebab sampai sekarang dia masih bujang. kesian. bujang terlajak. hahahhaha. macam macam soalan yang ditanya,,,argghh gilaa. yang penting,dia buat aku senyum sampai telinga. mula mula,malas nak layan tapi kesian. dia bosan jadi sufi ajak la berbual .

tengahari tadi,boleh dia tanya.

"KALAU AWAK NI DI TAKDIRKAN BERKAHWIN AWAL...AWAK TERIMA TAK?SAJE TANYE.

terkejut beruk,monyet,kera dan seumpamanya. ya Allahh,kali pertama orang tanya soalan maca, niey... terkejut sihhhh.... senyum sampai ke telinga dibuat olehnya.

macam macam soalan ditanya olehnya,tapi soalan tu je yang akusuka. amboiii,soalan menyeramkan betul., kemain lagi bertanya kat aku niey.

yang penting,apa yang ditanya olehnya aku jawab dengan ikhlas,lahir dari hati. tak nak da tipu tipu niey,,dosa. mula mula tipu,nanti lama lama mencuri pulak..,arghhhhh selisih ... x mahu x mahu.

senyum sampai ke telinga,,,.
bangkit ,

bangkit ,

Assalammualaikum w.b.t

kembali bertemu dengan saya iaitu aku,seorang engineer yang pandai memasak untuk bakal laki masa depannya? ehhh,,awak yang handsome tu!! duduk diam diam dan teruskan membaca dan mungkin anda bakal bakal laki masa depan saya. full stop.

baru setahun jagung,sombong hang poo tuu kemain tinggi lagi. kalah ketinggian aku niey. masa orientation kat kolej tu,ada yang berkata aku berusia 23 tahun. mak aiii,,tua bebeno rasanya... hahahaa sesuka hati jee....

lagi dua minggu< aku akan berusia lapan belas tahun. rasa muda sesangat. cisss!!! muda lah sangat. menghitung hari untuk mati ajeee....

aku dah bersedia untuk menjadi manusia yang lebih matang,tak cengeng dan never to give up ! tiba masanya untuk buktikan,, sufi manusia yang susah untuk menyerah kalah, biarpun jatuh berkali kali itu akan buatkan aku bangkit lagi!

the real aku,akan datang tidak lama lagi. percayalah. aku akan buktikan. yeahhh. semngat membara didada.

tak nak emo emo lagi. tak nak cengeng. dan teruskan melangkah gagah.

bangkit,bangkit dan bangkit daripada tidurmu.
selamat hari cikgu

selamat hari cikgu

Assalammualaikum.....

7 hari berlalu dengan pantasnya....aku dah hanpir tiga minggu bergelar mahasiswi di city u college.... rindunya dekat mak dan abah.... rindu teramat sangat da niey.... aku rasa blog niey hampir menghampiri zon usang dan bersawang..... argghhhh.....apa dah jadu niey....

Okeyyy...rasa dah mula merapu da niey.... seperti tajuk diatas.... aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU ataupun dikenali sebagai HAPPY TEACHERS DAY....haahahahah....

Kepada guru guru yang pernah mengajarkan aku..aku ucapkan selamat hari guru... cikgu tadika, cikgu sekolah rendah,cikgu sekolah menengah, dan mana mana cikgu la... saya minta maaf andai ketika proses pembelajaran,sayavterover ataupun ternakal.... ampunkan saya cikgu...

Hahahah....banyak sangat kenangan masa zaman persekolahan dulu..... suka duka dikongsi bersama.... ya Allah... aku rindu dengan zaman tu....



Thank you and assalammualaikum..
soalan poyo.

soalan poyo.

Assalammualaikum w.b.t

malam yang sepi dan sunyi,ditemani bunyi train yang memekak tu. Dan budak atas umah niey,tiba tiba melonjak lonjak kegembiraan,naik runtuh rasanya. Siap kau budak,kalau turun bawah. Akan sufi kerjakan mereka berdua tu. Agak agak la,malam malam buta,tak kan nak terlompat lompat pulak. hishhhh....sobar je la....

Sufi terbaca satu entri niey, pasal soalan, Jadi,sufi berkenan untuk jawab soalan itu. Ada 6 soalan kesemuanya.

Soalan yang pertama,

4 CIRI-CIRI WANITA/LELAKI IDAMAN ANDA?

 × ISLAM,, yang bukan islam dilarang untuk memiliki sufi melainkan dia benar benar ikhlas memeluk islam.
 × SETIA,, sufi suka kepada lelaki yang setia pada bakal bini nya, dan tak curang.
 × TINGGI,, sufi memang obses akan ketinggian. dapat yang tinggi 2 3 inci daripada sufi pun,dikirakan okey la tu. tak nak yang sama tinggi. nanti pakai heels,dia pulak yang pendek.
 × BIMBING,, tahu apa itu bimbing? yang niey,sufi berkonan. bimbing sufi ke arah muslimah sejati. ala ala warak sikit.

soalan yang kedua,

4 ORANG YANG PERNAH ANDA MINATI SEPANJANG HIDUP?

×  Qyue Qyran (bukan nama sebenar )
× Shah Rukh Khan
×  Black Mentor
× Anda (lelaki bkn pempuan oke)

soalan yamg ketiga,

4 PERASAAN SEKIRANYA KELUAR  DENGAN ORANG YANG ANDA MINATI?

× Senyum,, mungkin senyuman itu sampai ke telinga kot. sebab dating dengan orang yang kita suka.
× Gembira,, tak kan sedih punye la.
× Terkejut,, rasa macam nak lempang muka niey,, boleh jadi sawan kot.
×  Menangis

soalan yang keempat,

4 TEMPAT ISTIMEWA YANG INGIN DILAWATI BERSAMA PASANGAN?

× Atap rumah,,boleh menyaksikan bulan dan bintang bersamanya,di kala bulan mengambang.
× Paris,, nak tengok menara eiffel sama sama. nak bagi bunga dekat dia.
× Sekolah sufi,, nk tunjuk kat dia,sufi perna belasah orang smpai orang tu cuti dua minggu.
× Melaka,, nak honeymoon sama sama.

soalan yang kelima,

4 BARANG ISTIMEWA YAMG AKAN DIHADIAHKAN KEPADA PASANGAN.

× TV,,kalau boleh nak yang 50 inci punye..senang sikit, sebab nanti dia nak tengok bola sepak. kan senang,tak yah la lepak kat kedai mamak.
×Frame Gambar,, gambar sufi yang hodoh,cantik,sedih,terkejut,kalau boleh semua perasaan la. pastu nk suruh dia letak kat dalam bilik dia.
× Origami Bentuk Love,, biar dia ingat,hanya sufi sayangkan dia.
×  Patung angry bird,, hahah peneman sufi tidur...

soalan yang keenam,

4 TAJUK LAGU YANG AKAN ANDA NYANYIKAN UNTUK PASANGAN?

× Ohh teruna
× kalau berpacaran
× sepohon kayu
× jika kau rasa getarnya

register college yang kecik tu!

register college yang kecik tu!

Assalammualaikum........

hai sunshine...... awak apa khabar? tengah makan gula gula ea...... nak banyak boleh ? tak elok tau makan gula gula banyak sangat..,nanti kencing manis pulak....

alhamdulillah.....apa yang dirancang,semuanya berjalan dengan sempurna. kesian aidil roslan yang menunggu sufi di lrt asia jaya... sebenarnya, hari niey sufi register di city u college science and technology.... gara gara sufi yang lembab niey, aidil menunggu selamaa 40 minit...huhu kesian.... 

semua dokumen telah disiapkan tapi sufi terlupa nak fotostat salinan kad pengenalan.. maafla ye kak..... saya niey memang pelupa orangnya..... berekor semut saya makan .... sebab tu lupa tahap kritikal..... 

ehh.... terlupa pulak.... aidil roslan sebagai personal assitant tadi... tolong beratur kan.... tolong pegang handbag dan tolong bagi tau pasal college..... heheheh best jugak ade persona assistant..... kalau setiap hari ada kan best.... saling mengingati andai sufi terlupa.... 

counter 1,2,5 sufi da pass tetapi di counter 3 dan 4, sufi afa masalah.... masalahnye, kenapa tak bawak dokkumen utk PTPTN..... ehhhh.... mana ada marketing bagi tau..... marketing niey pown satu jugak... tak reti nak explain betul betul.... penatnye je sufi bertanya tapi haram dia tak jawab..... soba je jer la..... 

hmmmm.... malas sufi nak membebel banyak banyak....,, insyaallah nanti sufi letak gamba colloge sufi yang tak cantik tu..... hahahahah okeee bye bye sunshine..... ingat jangan makn hula gula banyak sangat.... nanti tak ada kaki nak jalan..... 

thank you,, my sunshine.....


time to work

time to work

Assalammualaikum.....

hai hai awakkkkk :P



hahaha...gambar niey di snap oleh feyja esmeralda! semalam, aku part time di kedai makan mak ku asuan.. tapi,,aku suka.... sebab masa tu aku tengah boring. dan mak ku asuan datang ke rumah dan mengajak aku bekerja...hahaha i suka i suka....

tapi...tengah sedap sedap bekerja...line maxis pulak tak ade .... hampehhh...dekat 13 jam aku dan warga warga maxis tunggu.... memang puiiihhh betol line maxis niey.... sabar je la.....

apa apa pun aku suka bekerja disitu....

okeee laaa...daaa bye byeeee

p/s: kau ade?  tak ade kan!
wordless wednesday #1

wordless wednesday #1

Assalammualaikum..



p/s: hati saya sudah terluka dan saya harap awak tak kan melukakan hati perempuan yang lain. sebab saya tahu itu menyakitkan.

thankyou :)
on the way

on the way

Assalammualaikum dan selamat malam.
fuhhhhhh....berpeluh sakan aku hari ni,awalnya aku malas nak keluar rumah tapi macam mana nak balik kampung kalau tiket tak ada? jadi...terpaksa lah keluar jugak... on the way ke kl sentral tadi,dengan earphone melekat dilubang telinga, encik polis tentera menahan aku dan bertanya 'tolong tunjukkan pas'.. dah rasa naik  geram je....setiap kali lalu dia akantahan dan menanyakan pass.....haiiiiii,,,sabar je larhhhhhh....
esok..jam 11 malam ku akann berlepas balik jaybee dengan menaiki keretapi...best tuuuu,,,, kali pertama...balik johor naik keretapi...its awesome..,..
hopefuully,esok ku boleh jumpe en paras....ahahahaha...harap harap la...tu pown kalau sempat.....
so....malam malam macam ni,dah tak de idea untuk menaip...so.... i want to sleeep now....,daaaaaaa......
OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com