4 Tips Selesaikan Masalah.

Disember 13, 2015

Menyelesaikan Masalah

Assalammualaikum.

Semua orang ada masalah. Tua atau muda, semua ada masalah. Pernah korang alami satu masalah yang mengganggu tidur korang sampaikan sesak dada memikirkan masalah tersebut? Aku pun pernah alami, tahapnya sampaikan tidur tak lena, mandi tak basah dan makan pun tak kenyang. Disebabkan, terlalu over-thinking, rambut aku pun tumbuh uban. Sampai tahap macam tu sekali. Tapi kalau korang tetap fikir, think and think without try to figure it out, korang tak akan dapat apa apa, malah makin serabutkan kepala otak korang. Betul kan?

Alhamdulillah, sekarang ni aku dah boleh selesaikan masalah. Selagi aku lari daripada masalah, masalah itu tak akan dapat selesai. Cuba keluar dari zon yang serabut itu. Jalan terbaik untuk dilakukan semasa korang hadapi masalah dengan bersederhana. Korang tak perlu terlalu memikitkan secara kompleks dan korang janganlah sampai terus abaikan masalah itu. Cukup dengan bersederhada. Stay cool.

In shaa Allah tips tips di bawah akan bantu korang semua keluar daripada zon masalah yang menghimpit korang. 

1. Fokuskan kepada penyelesaian.

" Fokus pada penyelesaian - bukan masalah. " Cuba korang fikir cara untuk selesaikan masalah. Bagi tumpuan sepenuhnya. Contohnya, kalau masalah korang tidak cukup duit untuk tampung hidup (pelajar), apa yang perlu korang buat? Sentiasa tanya pada diri, macam mana nak selesaikan masalah. 

2. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu yang negatif.

Patutnya korang bersyukur, korang dapat masalah, korang selesaikan masalah tu, korang dah dapat satu kebaikan iaitu korang dah belajar untuk hadapi masalah dengan tenang. Tak perlu nak fikir masalah itu suatu perkara yang negatif. Allah hadirkan masalah pada kita sebab DIA sayang kita. Belajar untuk tenang dan kembali ingat DIA. 

3. Sentiasa berfikiran terbuka.

Ini sangat penting! Penting kerana ini akan membuatkan korang sentiasa kreatif untuk selesaikan masalah. Korang jangan rasa bodoh sebab keluarkan idea idea yang agak bodoh. Kadang idea yang bodoh tu lah yang jadi penyelesaian terhebat. Tak percaya?

4. Ubah cara pemikiran!

"You cannot dig a hole in a different place by digging it deeper." 

Selamat selesaikan masalah. 






You Might Also Like

4 ulasan

  1. nice entry Om. InShaaAllah akan dipraktiskan lepas ni :)

    BalasPadam
  2. Masalah akan selesai cepat atau lambat..tapi kena berusaha cari jalan penyelesaian lah kan :)

    BalasPadam
  3. Sabar,,tenang dan cari penyelesaian dengan akal yang waras...in sha Allah boleh..

    BalasPadam
  4. nice sharing kak om! :) Ina sendiri sampai sekarang rasa clueless nak selesaikan sesuatu masalah

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!