Kurus Sebab Apa?

Disember 26, 2015

Assalammualaikum.

3 hari habiskan cuti umum di kampung. Internet maxis terus hilang macam tu je. No whatsapp, no facebooking and also no blogging. Ini pun merompak masa dekat cyber cafe yang macam chipsmore, kejap buka kejap tak. Arghhh stress dengan keadaan kampung yang tidak membangun sangat. 20 tahun hidup, kampung aku ni masih tak ada perubahan. Always same! Entah bila nak berubah.


Berbalik pada tajuk entri, "Kurus sebab apa?" Ha mesti korang tertanya apa kaitan tajuk entri dengan gambar aku di atas tu. Hahahahaa. Alkisah, pada suatu petang yang indah nan damai.. Chewaah poyo. Hmmm bukan bukan. Semalam petang terserempak dengan kawan sekolah, diorang pelik kenapa aku ni makin kurus. "Raja, kau sakit ke? Kurus semacam aku tengok?" (raja nama panggilan zaman sekolah.)

Tergelak besar aku dengan soalan diorang tu. Dengan spontan aku pun jawab, 
"Ehh tak lah, tak sakit pun, sihat alhamdullilah, cuma banyak makan hati" Hahahaha, diorang pun tergelak gelak. "Aik tak kan makan hati dengan BFF kau kot" Aku diam dan tukar topik. Hihihihii malas lah nak buka cerita, better silent's. 

Mak pun ada juga perli, kenapa setiap balik kampung, makin kurus dan kurus dan kurus. Arghhh agak stress juga... Entahlah. Tak tahu apa sebab. Nak kata makan hati, banyak dah hati ayam aku makan. Problem!

In shaa Allah, esok malam aku umumkan pemenang "Pencarian Blog Terkemas 2015".

Stay tuned okay. ><


You Might Also Like

6 ulasan

  1. byk sangat mkn hati berulam jantung kot kihkihkih. mkn banyak banyak!

    BalasPadam
  2. singgah petang http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  3. Mohon minum susu weight gain.. jangan marah ye

    BalasPadam
  4. pelik tu..nape mkin kurus..stress sgt ke...huhu

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!