Suatu Masa Dahulu....

Disember 05, 2015

Assalammualaikum.

Suatu masa dahulu, macam macam aku nak jadi. Darjah tiga dulu, nak jadi askar. Sebab apa? Hahahahaa. Aku memang lasak sejak dari kecil. Panjat memanjat ni memang aku sangat pakar. Aku panjat pokok manggalah, panjat pokok ceri lah, lagi sadis panjat tembok rumah yang dah usang. Hahahahaa. Itu baru pakar panjat memanjat, belum lagi bercerita jatuh bangun nak bawak basikal. Mak kata aku orang paling susah belajar basikal. Luka luka tu dah jadi kebiasaan, dah lali. Jadi, disebabkan aku agak lasak waktu kecil dulu, aku rasa aku nak jadi askar. Tapi... 


Tetapi, cita cita itu sekejap je. Hhahahahaa. Dalam darjah 6 cita cita berubah lagi, korang tahu aku nak jadi apa? Aku nak jadi pelari kebangsaan. Pelari pecut kononnya. Sebab apa? Dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah, aku memang aktif dalam sukan. 100m, 200m, 400m, 800m, 1500m, 4x100m, dan juga 4x200m. Banyak bukan ? Aku kalau boleh nak masuk semua kategori. Kononnya nak dapat banyak pingat, tak kisahlah juara, naib juara atau tempat ketiga. Apa yang penting, aku nak pingat dan juga rasa macam mana bersusah payah nakkan apa yang aku nak. Tak cukup dengan larian, aku juga pemain bola jaring Bwh 15 dan Bwh 18. Posisi aku GS, Gool Shooter. Hihihi, alhamdulilah berkat tangan aku yang kuat ni, pasukan aku waktu tu dapat tempat ketiga. Tak sempat wakil daerah, dah sibuuk dengan SPM. Jadi terpaksa tarik diri. Begitulah cita cita aku. 

Cita cita aku ni bertahan sampailah tingkatan 4. Lama jugaklah bertahan, aku tak bagi tahu sesiapa pun tentang cita cita aku yang satu ni. Nampak macam tak ada masa depan kan? Mungkin kawan kawan aku akan gelakkan kan aku. Tapi, setelah habis SPM dan aku pun keliru sama ada nak teruskan cita cita aku ni ataupun biarkan tenggelam di lautan dalam. 

Semasa daftar Kolej, tergerak hati nak ambil diploma akaun sebabnya aku pelajar akaun. Kiranya aku dah ada basic akaun. Pikir punya pikir, aku tak rela nak bekerja di bank. Yelah, otak aku dah set, akaun akan kerja di bank. Padahal boleh je kerja di mana mana syarikat selain bank. 

Akhirnya, aku terikat dengan kejuruteraan. Sebab apa? Aku sedar, aku dilahirkan bukan daripada keluarga yang kaya. Walaupun bidang ni, bukan bidang pilihan aku. Aku tak kesah, asalkan mak abah bangga pada anak dia yang sorang ni. In shaa Allah, 4 tahun lagi aku bergelar jurutera. Aku dah tahu skop pekerjaannya yang memang terang terang takkan ada 'life' , buat mak abah aku sanggup asalkan mereka bahagia.


Sambil itu, kerjaya dah dipupuk dalam diri. Aku nak jadi hamba yang sentiasa rendah diri pada penciptaNya. Itulah cita cita yang patut ada pada setiap diri kita. Betul tak?

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Baguslah nanti Rrai ada kawan jurutera!! Haahaaa. Good luck Om. Moga tercapai semua impian dan hajat Om..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!